Wednesday, October 06, 2004
Sedihnye Panglima Turus Tentera...Anothai...dah mati....
Hai blog.....
Dah lama tak nulis kat blog nih...maklumlah balik kampung jumpa suami tercinta b4 puasa nih....nak balik kampung lambat lagi....ingat nak sambung kisah the princess kat rumah tapi komputer plak rosak...skang nih dah ada kat lab tapi tak sure sempat ke tak....b4 that....aku dah ada fotopages sendiri....
http://nawalyaacob.fotopages.com.....
maklumlah komputer aku kat lab nih dah full with pictures yang tak related dengan masters...laptop kat umah pun dah full so aku upload kat fotopages so leh la g tengok....gambar anothai and dala pun aku dah upload....to budak2 skk yang aku ada gambar kahwin korang pun aku upload sekali...xpe kan....senang skit kawan2 lain nak tengok....
Sambungan cerita 'The Princess' nih disambung atas permintaan ahah80.....
Setelah perbicaraan ke atas Anothai tamat....hukuman ke atas semua yang terlibat pun dibaca....hakim perbicaraan yang juga Maharaja Yasothorn telah mendapati putera chaiyan dan isterinya puteri khea khai bersalah kerana merancang pembunuhan puteri dala dan menyebarkan khabar angin dengan tujuan untuk menjatuhkan puteri Dala.....putera chaiyan telah dilucutkan semua pangkat dan gelaran termasuk jajahan yang sedia ada begitu juga dengan puteri khea khai....lebih teruk lagi puteri khea khai telah dihukum tidak boleh kembali ke yasothorn untuk tempoh 10 tahun.....menteri kewangan pula telah dibuang negeri dan yang sedih sekali ialah hukuman ke atas anothai yang dituduh cuba merampas kuasa....anothai dijatuhkan hukuman bunuh.....anothai dengan tenang mendengar hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.....
Keesokan harinya menteri pertahanan telah datang berjumpa puteri Dala untuk menandatangani arahan hukuman ke atas anothai....puteri dala merasa tidak sanggup untuk menandatangani arahan tersebut....puteri dala meinta pandangan menteri pertahanan sekiranya ada jalan keluar yang lain demi untuk menyelamatkan anothai...namun jawapan menteri pertahanan sangat mengecewakan puteri dala kerana sudah termaktub dalam undang2 yasothorn bahawa hukuman ke atas mereka yang cuba merampas kuasa ialah hukuman mati.....dengan hati yang sedih puteri dala menurunkan tandatangan bersama2 cop rasmi puteri mahkota ke atas arahan tersebut.....puteri dala cuba menahan air mata dan berpaling menahan tangis...menteri pertahanan pula melangkah keluar dengan hati yang pilu kerana terpaksa melaksanakan hukuman ke atas seorang tentera yang begitu setia terhadap negara..... masakan tidak sedih...anothai akan dijatuhi hukuman bunuh pada jam 6.03 petang pada hari yang sama puteri dala akan dimahsyhurkan sebagai maharani yasothorn....hari hukuman dijatuhkan telah dipilih sendiri oleh anothai.....
Sejurus selepas itu puteri dala bermesyuarat dengan ketua2 negara2 kesatuan yang dengan sebulat suara telah memilih puteri dala untuk menjadi ketua negara2 kesatuan setelah melihat cara yasothorn mengendalikan masalah dalaman negara dengan begitu baik sekali.....di dalam mesyuarat ini mereka telah mempersetujui untuk menabalkan puteri dala sebagai maharani yasothorn dengan rasminya pada jam 6 petang pada hari yang sama anothai akan dihukum mati..... walaupun puteri dala telah berjaya mewarisi takhta yasothorn namun dia tidak gembira kerana disebalik kejayaannya terdapat pengorbanan yang besar oleh seorang rakyat yang juga kekasihnya.....
Anothai telah di tempatkan di penjara istana.....semasa anothai sedang berehat...anothai telah di beritahu oleh pengawal penjara ada seorang kawan lama ingin berjumpa.....puteri dala telah datang bersama dayangnya, Pakka untuk berjumpa anothai buat kali terakhir.....puteri dala telah mengarahkan pakka pulang keran dia mungkin akan lama bertemu anothai....setelah pakka pergi ....puteri dala masuk berjumpa anothai.....anothai merasa gembira kerana dala datang menemuinya sebelum dia dijatuhi hukuman.....banyak perkara yang diceritakan... dari bagaimana mula perkenalan mereka sehinggalah apa yang berlaku....puteri dala telah memohon anothai untuk melarikan diri ke wilayah lain untuk mengelak dari hukuman bunuh namun anothai tetap dengan pendiriannya....dia tidak mahu dikatakan pengecut.....kerana bagi dirinya sudah mencukupi dia mengorbankan dirinya buat dala yang tidak dapat dimilikinya.... walaupun kegembiraan yang mereka kecapi tidak lama namun semua kenangan ini tidak mudah dilupakan oleh dala dan anothai kerana bagi mereka kenangan inilah yang akan membantu dala meneruskan sisa2 kehidupannya selepas kematian anothai.....anothai memeluk erat dala dalam dakapannya dan mengucup dahinya buat kali terakhir...puteri dala telah menghabiskan sepanjang malam di penjara bersama anothai.....puteri dala mengharapkan malam yang panjang supaya dia mempunyai banyak masa untuk bersama anothai....namun pagi menjelma jua dan puteri dala terpaksa pulang ke istana kerana tidak mahu ketiadaannya disedari..... anothai memakaikan puteri dala selendang dan memeluknya buat kali terakhir sebelum mereka berpisah....apabila pintu penjara ditutup anothai masih lagi memegang erat jari jemari dala .... puteri dala melangkah pergi dengan hati yang sayu.....
Pagi itu ibu puteri dala datang ke kamarnya untuk bertemunya namun puteri dala tidak ada di situ....ibunya bertanya pada pakka yang mengatakan puteri dala pergi berjalan2 di taman bunga.... apabila puteri dala sampai ibunya memarahinya kerana berjalan2 di taman bunga pada awal pagi....ibunya sekali lagi memarahinya kerana puteri dala tidak mencuba baju yang akan dipakai pada hari permasyhurannya....perasaan puteri dala yang tidak keruan membuatkannya meninggikan suara pada ibunya dan meminta pakaian serba hitam untuk permasyhurannya.... ibunya tidak bersetuju namun puteri dala memberikan alasan bahawa baju hitam itu untuk menunjukkan dia juga berada dalam kesedihan sebagaimana rakyat yasothorn....ibunya akhirnya mengalah dengan puteri dala dan berlalu....namun kebenarannya ialah puteri dala memakai serba hitam adalah sebagai penghormatan terakhir terhadap kekasihnya anothai.....
Waktu yang dinanti2kan telah tiba.....puteri dala telah bersiap2 dalam pakaian serba hitam untuk majlis permasyhurannya...anothai juga telah disiapkan oleh norchit dalam pakaian panglima turus tentera untuk menghadapi hukuman bunuh.....setelah anothai siap, bapanya telah datang berjumpa anothai buat kali terakhir...anothai dipeluk bapanya dengan erat sambil berkata bahawa dia merasa sangat bangga kerana anaknya dihukum bunuh kerana berbakti kepada yasothorn.....setelah bapanya berlalu anothai di datangi oleh menteri pertahanan yang akan mengiringi sendiri anothai untuk hukuman bunuh.....menteri pertahanan bertanya akan permintaan terakhir kepada anothai.....anothai meminta agar hukuman bunuh dijalankan setelah dia melihat bendera yasothorn dinaikkan dan meletakkan tangan kirinya yang mempunyai cincin di atas dadanya setelah hukuman dilaksanakan....menteri pertahanan berjanji akan melaksanakan semua permintaan anothai sebaik mungkin.....pada masa yang sama puteri dala telah diiringi masuk ke balairung untuk permahsyhurannya.....setelah di masyhurkan oleh maharaja yasothorn....puteri dala telah memberikan titahnya....daripada wajahnya kelihatan perasaan sedih yang tidak terhingga namun dia telah berjanji dengan anothai yang dia tidak akan menangis.....namun begitu air mata bertakung dalam matanya mengenangkan beberapa minit lagi kekasihnya anothai akan dihukum bunuh dan dia tidak dapat berbuat apa2.....
Menteri pertahanan telah memnggil nama anothai dan anothai berjalan ke arah palang di mana dia akan berdiri untuk menerima hukuman bunuh.....apabila bendera yasothorn dinaikkan... menteri pertahanan mengarahkan tenteranya untuk menutup mata anothai namun anothai meminta untuk memandang bendera yasothorn sehingga ke nafasnya yang terakhir....menteri pertahanan memberikan arahan untuk penembak bersedia......sebagai penghormatan terakhir kepada anothai semua tentera yang berada di tempat hukuman bunuh dijalankan telah mengangkat pedang sambil melaungkan kata2 semangat kepada anothai......suasana menjadi begitu hening dan hiba....arahan tembak telah diberikan dan anothai telah ditembak di dada..... anothai masih mampu berdiri tegak sebelum rebah ke bumi dengan perasaan gembira puteri dala akhirnya menjadi waris takhta yasothorn dan pengorbanan dirinya tidaklah sia2......
Mayat anothai telah diletakkan ke atas pengusung dan menteri pertahanan telah melaksanakan permintaan terakhir anothai untuk meletakkan tangannya yang mempunyai cincin ke atas dadanya sebelum dikebumikan......mayat anothai telah dikebumikan di pulau dimana anothai dan dala selalu bertemu....puteri dala telah mengarahkan pakka untuk menjaga kebersihan dan kecantikan kubur anothai dan sekitar pulau serta mebuat jalan bawah tanah yang menghubungkan istana dengan pulau itu untuk memudahkannya menziarahi kubur anothai....di akhir cerita, puteri dala telah mengunjungi pusara anothai sambil memakai mahkota yang di perbuat daripada bunga liar yang pernah dipakainya semasa anothai masih hidup.....puteri dala meminta anothai agar menunggunya di sana....mereka pasti akan bertemu jua suatu masa nanti......puteri dala merebahkan dirinya di atas pusara anothai sambil kenangan manis bersama anothai berlegar2 dalam fikirannya.....
Begitulah berakhirnya sebuah kisah cinta antara anothai dan puteri dala yang penuh dengan liku2 kehidupan.....
THE END