Wednesday, October 12, 2005
Tanggal 12 Oktober 2005 11.46 pagi......dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.....aku telah selamat melahirkan putera sulungku di Kedah Medical Center Alor Setar.....putera sulungku diberi nama Adam Haziq bin Nur Shamriman......tak sabar nak tunggu Adam besar.....
Posted at 7:00:16 pm by nawalyaacob
Permalink
Thursday, October 06, 2005
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,
latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak derhaka .
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita
yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.
Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke
masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Posted at 9:23:39 pm by nawalyaacob
Permalink
Monday, September 26, 2005
PROGRAM AFFILIATE TERCANGGIH.. Jadilah agen kami....
Kami telah membina satu Program yang dinamakan PROGRAM AFFILIATE, dimana, anda dilantik menjadi agen kami untuk mempromosikan produk eBuku kami.
Anda akan diberi website percuma dimana, anda hanya perlu mempromosikan website anda sebanyak mungkin. Pelan pemasaran kami yang unik kerana:-
1. Komisyen 70%
2. Komisyen sehingga 7 level
3. AutoSponsor
Anda berpeluang untuk mendapat komisyen melebihi RM100,000.00 dalam masa 6 bulan. Anda tidak percaya??? Lihat sendiri bagaimana pelan yang kami bina. Pastinya ia tidak mustahil jika anda berusaha
Anda akan terima komisyen dalam bentuk cek yang akan dihantar terus ke rumah anda berserta penyata komisyen. Untuk maklumat lanjut, sila layari
http://www.intrena.com/RM2U?shamriman
Dan isikan borang Pradaftar seterusnya ikut segala arahan yang diberi. Hanya lakukan melalui internet sahaja. Tak perlu jumpa orang dan bercakap dengan sesiapa.
Jangan buang masa, program ini baru sahaja dilancarkan pada
27/Jul/2005. Anda berpeluang untuk berada di kumpulan terawal dan bakal mendapat downline(tajaan) yang banyak melalui sistem AutoSponsor.
Ingat!!.. Program ini saya bina hanya untuk mereka yang ingin membantu dirinya untuk berjaya. Kami tidak ingin membantu mereka yang masih lagi termanggu-manggu dan tidak percaya pada diri sendiri
Jangan buang masa, TEMPAH POSISI ANDA SEKARANG JUGA
Jangan lupa, layari
http://www.intrena.com/RM2U?shamriman
Posted at 6:07:54 am by nawalyaacob
Permalink
Thursday, May 12, 2005
Kenangan menjadi Guru sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di SMK Convent Butterworth
Tanggal 28 Mac 2005 aku mendaftarkan diri di SMK Convent Butterworth @ cbw @ x-school senget....takut gak masa sampai kat sewkolah tuh tapi tawakal ajer lah....sampai je aku terus g daftar diri kat pejabat...biasala kena isi form and dapat surat tawaran dari sekolah and time table mengajar.....aku mintak nak ajar math mod, science or english tapi kat sini aku kena ajar subject math mod form 4 and PJ form 3 coz aku ganti cikgu bersalin yang ajar subject nih.....
masa awal2 mengajar 2 kekok lah jugak tapi lepas dua tiga hari ok lah juga.....student ok lah juga tapi yang x dengar kata pun ada tapi biasalah tuh kan.....
masuk minggu ketiga aku kena demam campak so dapat mc seminggu....balik semula ke sekolah depa suruh aku ajar sains form 4...x yah ajar PJ lagi.....so bye2 form 3.....
aku mengajar 6 minggu sepatutnya tapi mc seminggu ngajar 5 minggu ajer lah.....selain mengajar aku juga kena ganti jadi guru kelas form 4 azam.....bukan senang jadi guru kelas nih.....kena daftar kedatangan pelajar...kena isi report card pelajar....kena buat weekly plan mengajar etc....tapi nih semua pengalaman lah yang aku timba selama jadi GSTT kat situ......
selama berkhidmat kat sekolah tuh aku sempat lah bersama2 terlibat dalam persediaan menyambut perayaan jubilee intan yang ke-75......aku terlibat dalam proses membuat kad jemputan dan penyusunan kerusi....best gak perayaan tuh yang disambut pada 1 mei 2005.....ada banyak persembahan pelajar such as drama...singing...powerpoint presentation etc.....lunch dia best giler...makan nasi beriani...sate...ais kacang.....kuih....etc.....
minggu terakhir aku kat sekolah terpaksa mengajar dengan cepat coz pelajar akan start mid term exam pada minggu seterusnya.....nasib babik lah untuk math mod sempat abiskan silibus....sains x sempat habis coz ramai pelajar terlibat dengan mcm2 acara sempena sambutan jubilee intan tuh....
hari isnin minggu seterusnya iaitu pada 9 mei 2005 merupakan hari terakhir aku mengajar kat sekolah tuh.....sedih lah juga coz aku tak sangka pelajar2 akan beri hadiah, peluk2, salam2, tukar2 alamat and no fon.....before balik rumah aku g salam guru2 lain kat bilik guru and pejabat.....
walaupun tempoh aku mengajar hanya 6 minggu tapi segala kenangan dan pengalama yang aku dapat kat sekolah tuh takkan dilupakan....
P/S: kepada student2 yang selalu telefon cikgu tuh jangan lupa belajar rajin2 ok....all the best....
Posted at 9:32:58 pm by nawalyaacob
Permalink
Tuesday, May 10, 2005
Congratulations to newly weds, moms and mother/father to be....
It has been a long time for me not to scribble anything here....firstly, i would like to congratulates my friends who just tie the knot early this month.....congratulations to newly wed couples.....Sunarti & Rahmad.....Faizal & Yazlin....my congratulations also goes to new moms.....Esnaharmanty who gave birth to a baby girl name Aina Afriena.....and also to Nor Azurati who also gave birth to a baby girl which name I also do not know yet.....to mother and father to be......Norida & Syed, Nor Aida & Fikri, Cipah and Cinang......congratulations again.....
Posted at 9:44:18 pm by nawalyaacob
Permalink
Monday, October 11, 2004
Difference between love & marriage:
Love is holding hands in the street
Marriage is holding arguments in the street.
Love is dinner for 2 in your favourite restaurant.
Marriage is a fast food take-out
Love is cuddling on a sofa
Marriage is deciding on a sofa
Love is talking about having children
Marriage is talking about getting away from children
Love is going to bed early
Marriage is going to sleep early
Love is a romantic drive
Marriage is a tarmac drive
Love is losing your appetite
Marriage is losing your figure
Love is sweet nothing in the ear
Marriage is sweet nothing in the bank.
Love is a flickering flame
Marriage is a flickering television
Love is 1 drink and 2 straws
Marriage is "Don't you think you've had enough!"
In short love is Blind
Marriage is an eye opener!!!!!
Posted at 1:04:35 am by nawalyaacob
Permalink
Thursday, October 07, 2004
Hai blog.....
Kelmarin kat N29 buat majlis penyampaian sijil untuk committee members MST 2004....makan nasi beriani ke nasi minyak aku pun pun tak sure tapi sedaplah.....
Hari nih aku pose...sampai kat lab budak2 baru nih buat surprise party untuk be cheer.... maklumlah last week birthday be cheer.....since diorang tak inform awal aku pun pose lah.....tapi memandangkan iman aku nih kuat aku tak buka pose lah.....insyaallah pose sampai habis....
Ingat semalam nak tukar sample membrane untuk last experiment tapi dah ada majlis MST tuh aku pun buat la hari nih....tengah dok buat keje Mr G tanya nape aku punya nama tak kuar kat dalam senarai somche 2004 presenter list.....baru aku teringat aku terlupa nak hantar registration form kat S_ _ _ _ _E 2004 secretariat.....hari nih last day hantar...aku email je...satg baru aku nak g hantar pakai mail....harap2 dapat participate kalau tak teruklah aku......
Aku lupa nak cerita....last week masa aku balik kampung aku call che da....dia dah dapat tukar balik kedah...dia dapat jadi R&D Engineer kat Matsushita Sungai Petani kalau tak salah aku....dia daha angkat habis dah barang dia kat kuantan...dia dah tak jadi cikgu lagi.....tahniah che da....
Banyak lagi good news yang aku nak cerita....kak rosma telah selamat melahirkan baby girl pada 24 September 2004.....nama dia glamor ooo....SORFINA MIRZA BINTI ZAFIZAL@JAPI........glamor kan......
Balik kampung hari tuh aku sempat melawat anak shukor......putih melepak anak dia....comel budaknya...aku tengok baby tuh banyak muka shukor.....dapat makan laksa penang...sedap giler.....
Aku rasa oven aku untuk heat treatment dah ready kut...ok lah.....bye.....
Posted at 9:02:44 pm by nawalyaacob
Permalink
Wednesday, October 06, 2004
Sedihnye Panglima Turus Tentera...Anothai...dah mati....
Hai blog.....
Dah lama tak nulis kat blog nih...maklumlah balik kampung jumpa suami tercinta b4 puasa nih....nak balik kampung lambat lagi....ingat nak sambung kisah the princess kat rumah tapi komputer plak rosak...skang nih dah ada kat lab tapi tak sure sempat ke tak....b4 that....aku dah ada fotopages sendiri....
http://nawalyaacob.fotopages.com.....
maklumlah komputer aku kat lab nih dah full with pictures yang tak related dengan masters...laptop kat umah pun dah full so aku upload kat fotopages so leh la g tengok....gambar anothai and dala pun aku dah upload....to budak2 skk yang aku ada gambar kahwin korang pun aku upload sekali...xpe kan....senang skit kawan2 lain nak tengok....
Sambungan cerita 'The Princess' nih disambung atas permintaan ahah80.....
Setelah perbicaraan ke atas Anothai tamat....hukuman ke atas semua yang terlibat pun dibaca....hakim perbicaraan yang juga Maharaja Yasothorn telah mendapati putera chaiyan dan isterinya puteri khea khai bersalah kerana merancang pembunuhan puteri dala dan menyebarkan khabar angin dengan tujuan untuk menjatuhkan puteri Dala.....putera chaiyan telah dilucutkan semua pangkat dan gelaran termasuk jajahan yang sedia ada begitu juga dengan puteri khea khai....lebih teruk lagi puteri khea khai telah dihukum tidak boleh kembali ke yasothorn untuk tempoh 10 tahun.....menteri kewangan pula telah dibuang negeri dan yang sedih sekali ialah hukuman ke atas anothai yang dituduh cuba merampas kuasa....anothai dijatuhkan hukuman bunuh.....anothai dengan tenang mendengar hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.....
Keesokan harinya menteri pertahanan telah datang berjumpa puteri Dala untuk menandatangani arahan hukuman ke atas anothai....puteri dala merasa tidak sanggup untuk menandatangani arahan tersebut....puteri dala meinta pandangan menteri pertahanan sekiranya ada jalan keluar yang lain demi untuk menyelamatkan anothai...namun jawapan menteri pertahanan sangat mengecewakan puteri dala kerana sudah termaktub dalam undang2 yasothorn bahawa hukuman ke atas mereka yang cuba merampas kuasa ialah hukuman mati.....dengan hati yang sedih puteri dala menurunkan tandatangan bersama2 cop rasmi puteri mahkota ke atas arahan tersebut.....puteri dala cuba menahan air mata dan berpaling menahan tangis...menteri pertahanan pula melangkah keluar dengan hati yang pilu kerana terpaksa melaksanakan hukuman ke atas seorang tentera yang begitu setia terhadap negara..... masakan tidak sedih...anothai akan dijatuhi hukuman bunuh pada jam 6.03 petang pada hari yang sama puteri dala akan dimahsyhurkan sebagai maharani yasothorn....hari hukuman dijatuhkan telah dipilih sendiri oleh anothai.....
Sejurus selepas itu puteri dala bermesyuarat dengan ketua2 negara2 kesatuan yang dengan sebulat suara telah memilih puteri dala untuk menjadi ketua negara2 kesatuan setelah melihat cara yasothorn mengendalikan masalah dalaman negara dengan begitu baik sekali.....di dalam mesyuarat ini mereka telah mempersetujui untuk menabalkan puteri dala sebagai maharani yasothorn dengan rasminya pada jam 6 petang pada hari yang sama anothai akan dihukum mati..... walaupun puteri dala telah berjaya mewarisi takhta yasothorn namun dia tidak gembira kerana disebalik kejayaannya terdapat pengorbanan yang besar oleh seorang rakyat yang juga kekasihnya.....
Anothai telah di tempatkan di penjara istana.....semasa anothai sedang berehat...anothai telah di beritahu oleh pengawal penjara ada seorang kawan lama ingin berjumpa.....puteri dala telah datang bersama dayangnya, Pakka untuk berjumpa anothai buat kali terakhir.....puteri dala telah mengarahkan pakka pulang keran dia mungkin akan lama bertemu anothai....setelah pakka pergi ....puteri dala masuk berjumpa anothai.....anothai merasa gembira kerana dala datang menemuinya sebelum dia dijatuhi hukuman.....banyak perkara yang diceritakan... dari bagaimana mula perkenalan mereka sehinggalah apa yang berlaku....puteri dala telah memohon anothai untuk melarikan diri ke wilayah lain untuk mengelak dari hukuman bunuh namun anothai tetap dengan pendiriannya....dia tidak mahu dikatakan pengecut.....kerana bagi dirinya sudah mencukupi dia mengorbankan dirinya buat dala yang tidak dapat dimilikinya.... walaupun kegembiraan yang mereka kecapi tidak lama namun semua kenangan ini tidak mudah dilupakan oleh dala dan anothai kerana bagi mereka kenangan inilah yang akan membantu dala meneruskan sisa2 kehidupannya selepas kematian anothai.....anothai memeluk erat dala dalam dakapannya dan mengucup dahinya buat kali terakhir...puteri dala telah menghabiskan sepanjang malam di penjara bersama anothai.....puteri dala mengharapkan malam yang panjang supaya dia mempunyai banyak masa untuk bersama anothai....namun pagi menjelma jua dan puteri dala terpaksa pulang ke istana kerana tidak mahu ketiadaannya disedari..... anothai memakaikan puteri dala selendang dan memeluknya buat kali terakhir sebelum mereka berpisah....apabila pintu penjara ditutup anothai masih lagi memegang erat jari jemari dala .... puteri dala melangkah pergi dengan hati yang sayu.....
Pagi itu ibu puteri dala datang ke kamarnya untuk bertemunya namun puteri dala tidak ada di situ....ibunya bertanya pada pakka yang mengatakan puteri dala pergi berjalan2 di taman bunga.... apabila puteri dala sampai ibunya memarahinya kerana berjalan2 di taman bunga pada awal pagi....ibunya sekali lagi memarahinya kerana puteri dala tidak mencuba baju yang akan dipakai pada hari permasyhurannya....perasaan puteri dala yang tidak keruan membuatkannya meninggikan suara pada ibunya dan meminta pakaian serba hitam untuk permasyhurannya.... ibunya tidak bersetuju namun puteri dala memberikan alasan bahawa baju hitam itu untuk menunjukkan dia juga berada dalam kesedihan sebagaimana rakyat yasothorn....ibunya akhirnya mengalah dengan puteri dala dan berlalu....namun kebenarannya ialah puteri dala memakai serba hitam adalah sebagai penghormatan terakhir terhadap kekasihnya anothai.....
Waktu yang dinanti2kan telah tiba.....puteri dala telah bersiap2 dalam pakaian serba hitam untuk majlis permasyhurannya...anothai juga telah disiapkan oleh norchit dalam pakaian panglima turus tentera untuk menghadapi hukuman bunuh.....setelah anothai siap, bapanya telah datang berjumpa anothai buat kali terakhir...anothai dipeluk bapanya dengan erat sambil berkata bahawa dia merasa sangat bangga kerana anaknya dihukum bunuh kerana berbakti kepada yasothorn.....setelah bapanya berlalu anothai di datangi oleh menteri pertahanan yang akan mengiringi sendiri anothai untuk hukuman bunuh.....menteri pertahanan bertanya akan permintaan terakhir kepada anothai.....anothai meminta agar hukuman bunuh dijalankan setelah dia melihat bendera yasothorn dinaikkan dan meletakkan tangan kirinya yang mempunyai cincin di atas dadanya setelah hukuman dilaksanakan....menteri pertahanan berjanji akan melaksanakan semua permintaan anothai sebaik mungkin.....pada masa yang sama puteri dala telah diiringi masuk ke balairung untuk permahsyhurannya.....setelah di masyhurkan oleh maharaja yasothorn....puteri dala telah memberikan titahnya....daripada wajahnya kelihatan perasaan sedih yang tidak terhingga namun dia telah berjanji dengan anothai yang dia tidak akan menangis.....namun begitu air mata bertakung dalam matanya mengenangkan beberapa minit lagi kekasihnya anothai akan dihukum bunuh dan dia tidak dapat berbuat apa2.....
Menteri pertahanan telah memnggil nama anothai dan anothai berjalan ke arah palang di mana dia akan berdiri untuk menerima hukuman bunuh.....apabila bendera yasothorn dinaikkan... menteri pertahanan mengarahkan tenteranya untuk menutup mata anothai namun anothai meminta untuk memandang bendera yasothorn sehingga ke nafasnya yang terakhir....menteri pertahanan memberikan arahan untuk penembak bersedia......sebagai penghormatan terakhir kepada anothai semua tentera yang berada di tempat hukuman bunuh dijalankan telah mengangkat pedang sambil melaungkan kata2 semangat kepada anothai......suasana menjadi begitu hening dan hiba....arahan tembak telah diberikan dan anothai telah ditembak di dada..... anothai masih mampu berdiri tegak sebelum rebah ke bumi dengan perasaan gembira puteri dala akhirnya menjadi waris takhta yasothorn dan pengorbanan dirinya tidaklah sia2......
Mayat anothai telah diletakkan ke atas pengusung dan menteri pertahanan telah melaksanakan permintaan terakhir anothai untuk meletakkan tangannya yang mempunyai cincin ke atas dadanya sebelum dikebumikan......mayat anothai telah dikebumikan di pulau dimana anothai dan dala selalu bertemu....puteri dala telah mengarahkan pakka untuk menjaga kebersihan dan kecantikan kubur anothai dan sekitar pulau serta mebuat jalan bawah tanah yang menghubungkan istana dengan pulau itu untuk memudahkannya menziarahi kubur anothai....di akhir cerita, puteri dala telah mengunjungi pusara anothai sambil memakai mahkota yang di perbuat daripada bunga liar yang pernah dipakainya semasa anothai masih hidup.....puteri dala meminta anothai agar menunggunya di sana....mereka pasti akan bertemu jua suatu masa nanti......puteri dala merebahkan dirinya di atas pusara anothai sambil kenangan manis bersama anothai berlegar2 dalam fikirannya.....
Begitulah berakhirnya sebuah kisah cinta antara anothai dan puteri dala yang penuh dengan liku2 kehidupan.....
THE END
Posted at 2:03:04 am by nawalyaacob
Permalink
Thursday, September 30, 2004
di sebalik kisah: anothai & dala
Dear blog......
Cinta anothai pada dala tak pernah berubah.....namun begitu misteri kedalaman hati seorang wanita tak terduga dalamnya......boleh berubah sekelip mata.....apakah anothai harus menerima layanan yang sebegitu daripada dala....apakah salah untuk anothai menjadikan dala seorang permaisuri membolehkan dala memperlakukan anothai sedemikian.....layanan yang tidak mesra dan wajah yang tidak ceria apabila bertemu....adakah kerana keterbezaan darjat di antara anothai dan dala...kasihan pada anothai...sekiranya cerita ini berdasarkan realiti kehidupan seorang insan adakah pengorbanan yang dibuat oleh anothai berbaloi....berbaloikah.....
Dala yang dikenali sebelum ini lembut dan manis sekali wajahnya .....tetapi apabila dilantik sebagai puteri mahkota yang bakal mewarisi takhta yasothorn....dala sentiasa marah2...bermasam durja.....sedangkan usaha anothai menjadikan dala waris tunggal takhta yasothorn adalah sesuatu yang sepatutnya menjadi milik dala selepas kematian kedua ibubapanya.....walaupun layanan yang diberikan dala begitu dingin namun anothai terus menunaikan janjinya pada dala untuk sentiasa berada di belakang dala bagi membolehkan kerja mentadbir yasothorn berjalan lancar walaupun nyawanya melayang.....begitulah ketulusan hati anothai yang berkhidmat sebagai pegawai turus tentera yasothorn.....
Segala pengorbanan anothai bagaikan tidak berharga lagi pada dala.....namun apabila anothai sanggup bergadai nyawa menyelamatkan dala semasa cubaan membunuh dala pada suatu pesta keramaian...dala seakan2 tersentak dan memohon maaf kepada anothai terhadap keterlanjuran tingkah laku dan tutur katanya pada anothai selama ini.....maklumlah anothai kena tembak di dada...walaupun tabib istana telah merawatnya tapi anothai tak bangun2 dari pengsannya.....sedih giler nih.....norchit telah pergi memberitahu bapa anotai yang kemudiannya datang melawat anothai di klinik istana....semasa bapa anothai nak balik rumah dia bertembung dengan puteri dala yang datang melawat anothai setelah diberitahu oleh dayangnya bahawa anothai telah sedarkan diri.....
Anothai yakin bahawa putera chaiyan mempunyai kaitan dengan komplot ingin membunuh puteri dala.....anothai telah menghantar norchit untuk mengadap putera chaiyan untuk memberitahu putera chaiyan yang anothai sudah tahu siapakah dalang sebenarnya...putera chaiyan terkejut mendengar berita tersebut lalu menghalau norchit...putera chaiyan dan puteri khea khai yang tidak puas hati telah bertindak dengan pergi ke istana yasothorn....pada masa yang sama anothai telah meminta puteri dala berjumpanya untuk memberitahu siapakah dalang tersebut....sesampainya di wad di mana anothai berada....puteri dala masuk ke dalam dan meminta dayangnya pakka dan seorang tentera menjaga pintu.....puteri merasa kasihan akan anothai....tuan puteri duduk sambil mendengar anothai berbicara...memandangkan mereka nih sepasang kekasih dan dah lama tak jumpa.....anothai telah memegang tangan dala sambil mengusap2 dipipinya.....pada masa mereka bermadu kasih ada seorang tua melintasi pakka dan tentera yang menjaga pintu....kasihan melihat makcik tua itu mereka pun membantu makcik yang hendak ke wad lain.....dijadikan cerita putera chaiyan pun tiba di wad anothai dan menyelak pintu bilik tersebut dan ternampak anothai dan puteri dala sedang bermanja- manjaan....putera chaiyan membuat keputusan untuk menyebarkan khabar angin bahawa anothai dan puteri dala sepasang kekasih untuk menjatuhkan maruah tuan puteri... jahatnya.....
Putera chaiyan pulang ke Kemmerat dan memangggil menteri kewangan yasothorn yang talam dua muka....menteri nih pantang orang bagi duit sikit semua keje pun dia buat.....dia pun menyebarkan kisah percintaan anothai dan puteri dala....khabar angin ini tersebar dengan begitu cepat sehingga sampai ke pengetahuan puteri dala....puteri dala telah berusaha memulihkan keadaan dan berjaya mengatasinya.....namun putera chaiyan masih tidak puas hati lalu menyuruh isterinya puteri khea khai menyusup masuk ke istana yasothorn untuk mencari bukti yang boleh digunakan untuk menjatuhkan puteri dala dan anothai....dijadikan cerita puteri dala pula keluar berjumpa rakyat di pedalaman dan ini memudahkan puteri khea khai menyelinap masuk ke serata ceruk istana yasothorn.....misi puteri khea khai berjaya apabila dayangnya, Kranda menjumpai dua pucuk surat yang dihantar oleh anothai kepada puteri dala....surat ini telah dibawa pulang kepada putera chaiyan untuk tindakan selanjutnya...sekali lagi menteri kewangan dipanggil untuk menyerahkan surat2 tersebut kepada maharaja yasothorn atas tujuan hendak memalukan puteri dala dan anothai.....
Walaubagaimanapun pada kali ini khabar angin yang dibawa adalah lebih dasyat iaitu anothai akan membuat pemberontakkan dan akan mengambil alih takhta yasothorn dan menjadikan puteri dala maharaninya.....khabar angin tersebar dengan jayanya...anothai tidak dapat menahan kesabarannya dan memerangkap menteri kewangan tersebut.....anothai telah menyeksa menteri kewangan supaya dia mengaku dia bertanggungjawab dan memberitahu siapakah yang menyuruhnya berbuat demikian....puteri dala telah mendapat tahu akan tindakan anothai dan berangkat bersama menteri pertahanan untuk berjumpa anothai di kem tentera yasothorn....puteri dala meminta anothai melepaskan menteri kewangan dan ingin menyelesaikan masalah ini sendiri.....puteri dala sedaya upaya memujuk anothai agar tidak bertindak sesuka hati.....maklumlah nak marah pun kekasih hati.....mesti tak sampai hati....sayang lagi adalah.....
Puteri dala telah menahan menteri kewangan di istana yasothorn...menteri kewangan tidak mengaku bersalah....putera chaiyan telah mengarah orangnya menyamar sebagai tentera yasothorn untuk mengeluarkan menteri kewangan dan kemudian membunuhnya....tidak lama selepas itu istana yasothorn menjadi kelam kabut disebabkan menteri kewangan telah didapati hilang dari penjara...puteri dala telah pergi berjumpa anothai kerana khuatir anothai yang menculiknya.... tetapi sebenarnya tidak....puteri dala merasa lega dan melarang anothai daripada pergi mencari menteri kewangan kerana bimbang anothai akan hilang pertimbangan....puteri dala telah mengarahkan sesiapa yang keluar untuk mencari menteri kewangan selain tentera yang ditugaskan akan dikenakan hukuman mati tanpa boleh membela diri.....puteri dala tahu yang anothai bertindak demikian kerana hendak melindungi dirinya namun puteri dala tidak mahu anothai sampai kehilangan nyawa dalam mempertahankannya...
Setelah puteri dala berlalu...anothai membuat keputusan untuk keluar mencari menteri kewangan seorang diri...dalam masa yang sama tentera istana juga keluar mencari menteri kewangan juga....anothai terdengar suara orang menjerit meminta tolong di dalam hutan dan mendapati ada orang cuba membunuh menteri kewangan...anothai menyerang pembunuh tersebut dan semasa berlaku pergelutan menteri kewangan telah terkena beberapa tikaman..dan apabila pembunuh itu mati tentera istana pun tiba di tempat kejadian dan membuat kesimpulan bahawa anothai telah cuba membunuh menteri kewangan dan anothai telah ditangkap....anothai telah dimasukkan ke penjara yasothorn...sedihnya...nih yang tak tahan nih.....oleh kerana terlalu takut menteri kewangan telah membuat keputusan menggantung diri dalam penjara sampai mati....ini menjadikan anothai kehilangan saksi penting dalam kes ini.....
Puteri dala telah pergi melawat anothai di penjara....sedih puteri dala melihat kekasih hati di penjara ...tapi apakan daya nasi telah menjadi bubur....puteri dala telah menawarkan anothai kebebasan dan tidak perlu dibicarakan jika dia bersetuju dilucutkan kesemua jawatan yang dipegangnya sekarang.....namun anothai lebih rela dihukum mati jika dalang disebalik kejadian yang berlaku di yasothorn dapat dihukum dan maruah puteri dala dapat diselamatkan..... anothai cuma meminta puteri dala supaya tidak mengaku menerima surat daripadanya untuk menjaga maruahnya.....sebelum itu putera chaiyan dan ketua negara yang lain telah bersetuju untuk menghakimi perbicaraan anothai termasuk lah putera chaiyan dari negara kemmerat itu.....
Di dalam perbicaraan tersebut isteri menteri kewangan telah menunding jari kepada putera chaiyan yang menyuruh suaminya melakukan kerja2 menyebarkan khabar angin...putera chaiyan telah mengaku tidak bersalah.....putera chaiyan memmbangkitkan isu berkenaan surat anothai kepada puteri dala....anothai dengan machonya mengaku dia ada mengirim surat pada dala dan memcintainya......dan puteri dala juga mengaku bahawasanya dia menerima surat daripada anothai kerana tidak sampai hati membiarkan kekasihnya menanggung penderitaan seorang diri namun puteri dala tidak menyatakan yang mereka memang sepasang kekasih.....
Posted at 7:13:33 pm by nawalyaacob
Permalink
Saturday, September 25, 2004
the princess.....anothai yang hensem.....dara yang cun.....
hello blog....hari nih pagi2 lagi dah datang lab....nak tukar membrane module....so that esok pagi tak yah kelam kabut so boleh run GC awal2 pagi.....lupa lak nak cakap kak rosma dah selamat bersalin...dapat baby girl.....jadi betullah kata orang kalau scan baby dalam perut tak nampak dia boy or girl...dia mesti girl...coz kak rosma scan tak nampak and adapt baby girl so aku buat conclusion betullah tuh kalau scan tak nampak anak perempuanlah yang keluar nanti.....tapi kalau takdir allah keluar anak lelaki terimalah seadanya....anak laki lagi bagus coz terus dapat waris kan....
nampaknya cerita the princess nih mendapat perhatian so kepada yang berminta especially intan...nih link untuk tengok video clip the princess.....
www.tikclub.com/downloadclipsTV.htm
enjoy watching...aku tak habis sedih lagi tengok citer tuh.....
Posted at 7:55:38 pm by nawalyaacob
Permalink